2009 hampir melabuhkan tirainya, yang pasti dengan keizinan Allah kejayaan demi kejayaan telahpun diraih terutama dalam pencapaian UPSR Aiman 5A, pencapaian Syazwan dalam kelas Tempat 1 Anugerah Cemerlang SKPinang Tunggal, kerjaya, dan lain-lain. 2010 tetap akan menjelma walaupun mungkin ada di antara kita yang masih belum bersedia untuk menghadapi cabaran dan dugaan yang bakal mendatang.
Walau 1001 alasan diberi, hidup ini perlu diteruskan dengan penuh semangat berjuang tanpa mudah menyerah kalah. Anak ketiga yang manja, pemalu dan lemah lembut, Nana akan melangkah ke alam persekolahan Tahun 1 , semoga dia akan menjadi pelajar yang cemerlang seperti mana abang-abangnya, InsyaAllah. Syazwan pula akan menyahut cabaran UPSR 2010, bersamalah kita berdoa ke hadrat Allah Taala semoga dia memperolehi kejayaan yang setimpal dengan usahanya. InsyaAllah, Azalea akan menyambut ulangtahun ke 2 pada 1 Februari 2010. Masa berlalu begitu pantas, Azalea sudah pandai meluahkan keinginan dan mempunyai citarasa yang tersendiri dalam memilih item untuk dipakai dan digunakan. Itulah kelebihan yang Allah Taala berikan pada manusia iaitu akal fikiran untuk memilih yang baik dan menjauhkan yang buruk.
Harapan 2010 akan menjelmakan 1001 kejayaan dan diberkati Allah dalam melayari bahtera hidup kami sekeluarga, InsyaAllah, Amin.
Wednesday, December 16, 2009
ibu penyayang

percutian Melaka 2007

aidil fitri 2009
anak sulung, abang aiman

bapa penyayang kepada 4 anak dan isteri
anak bongsuku yang keletah dan kelakar
Subscribe to:
Posts (Atom)